PENGENALAN K.U.S INDUSTRIES


K.U.S Industries (M) Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada 2hb Mac 1999, adalah merupakan sebuah syarikat pengilangan perabot berasaskan logam yang kini beroperasi di kilang milik sendiri di Selangor.

Selain daripada mengilang dan membekalkan perabot berasaskan logam, syarikat juga terlibat di dalam pembekalan dan pembuatan perabot bina dalam, sistem pelan terbuka, hiasan dalaman dan yang berkaitan dengannya.

Untuk semua aktiviti di atas, lesen - lesen dari Kementerian Kewangan, CIDB Gred 7 telah diperolehi dan bertaraf 100% bumiputera. Syarikat kami telah memperolehi status ISO 9001:2008 semenjak tahun 2005 lagi dan sudah dinaiktaraf kepada ISO 9001:2015 pada tahun 2018. Syarikat kami juga telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Kewangan Malaysia untuk membekalkan perabot logam kepada seluruh jabatan - jabatan dan sekolah di seluruh semenanjung Malaysia dengan dilantik sebagai Kontraktor Panel Berpusat (KPB) bagi perabot logam.

Sepanjang 25 tahun syarikat K.U.S Industries beroperasi, syarikat telah banyak menyempurnakan pembekalan perabot logam kepada jabatan - jabatan kerajaan di seluruh Malaysia dengan baik dan cemerlang serta ramai pelanggan yang berpuas hati dengan kualiti perabot yang dibekalkan. Ini kerana hampir semua produk yang dikeluarkan oleh syarikat kami mendapat pengiktirafan kualiti dari FRIM.

Harapan kami adalah supaya K.U.S Industries akan mendapat sokongan dan kerjasama yang berterusan dari pihak pelanggan yang dihormati, dan akan terus dapat membekalkan produk - produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan kepada semua pelanggan.